Pada Januari 2003 ,tertubuhlah butik ADNAN
HASSAN untuk label/jenama ADNAN HASSAN boutique. Ianya adalah
hasil banyak pihak yang mendorong, menyokong dan membantu atas
keyakinan Adnan Hassan
sendiri dalam memartabatkan kariernya sebagai pereka fesyen terkenal.
Terima kasih kepada keluarga, pensyarah-pensyarah fesyen UiTM,
Azman Nor dan Adly Zaihardi, dan semua yang terlibat yang percaya
dengan jenama
ini.
ADNAN HASSAN boutique adalah label atau jenama yang dipercayai mutu
dan kualiti yang menampilkan rekaan yang Versatile, New, Conceptual & unique.
Ianya tersendiri, individual dan penuh karektor untuk semua jenis dan
bentuk pakaian seperti pakaian pengantin, kasual denim, batik, uniform,
menswear dan sebagainya.
Menyedari hakikat bahawa permintaan untuk pakaian Adi Busana (couture)
perkahwinan yang semakin menggalakkan, Adnan Hassan dan teamnya
terus mencabangkan perniagaan dan kreativiti dalam menghasilkan rekaan-rekaan
eksklusif yang penuh citarasa dengan perincian-perincian bergaya
mewah
untuk si Ratu Sehari.
|
Penglibatan Adnan Hassan dalam bidang perniagaan ini
bermula apabila beliau di beri kepercayaan oleh sebuah majalah
perkahwinan terkenal tempatan di ruangan soal jawab pengantin. Tugas
menyelesaikan
masalah bakal Ratu Sehari, untuk mendapatkan rekaan yang sesuai
di majlis perkahwinan mereka dalam bentuk ilustrasi atau lakaran fesyen
mendapat
sambutan yang amat memberangsangkan daripada pembaca.
Impiannya dalam cabang perniagaan perkahwinan semakin mendapat
perhatian media elektronik tempatan apabila beliau sering menjadi
tetamu undangan dalam program-program TV yang berkaitan dengan fesyen
pengantin
khususnya.
Alang-alang membuat pakaian perkahwinan, kini butik
ADNAN HASSAN juga menawarkan perkhidmatan lengkap (wedding planner
services) perancang
majlis perkahwinan dimana semua kelengkapan & keperluan persiapan
mempelai ditawarkan di bawah satu bumbung. Bukan itu sahaja, kami
sedia menerima tempahan untuk perkhidmatan merancang majlis-majlis
lain (birthday
party, product launch, dsbgnya).
Kini, Adnan Hassan diberi kepercayaan untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuannya dalam dunia rekaan fesyen dalam kelas
intensif, kursus,
seminar dan bengkel kepada mereka yang meminati bidang ini, samada
sekadar hobi, menambah ilmu, atau untuk perniagaan.
Di butik ADNAN HASSAN ,kami cuba merealisasikan impian anda dalam apa
jua jenis perkhidmatan yang ditawarkan.
Kepuasan pelanggan adalah segala-galanya.
Komitmen dan perkhidmatan berkualiti menjadikan hanya yang terbaik
dari kami di butik ADNAN HASSAN.
|